Wednesday, July 8, 2009

MUSIM BUAH

Pagi tadi saya ke Pontian. Sebaik sahaja keluar Plus Highway, kiri kanan jalan dipenuhi dengan kelapa sawit. bila masuk kawasan kampung banyak pokok buah-buahan seperti durian, pulasan, rambutan, rambai dan manggis. ada juga pokok durian belanda.

Teringat saya kepada seorang staff yang bekerja dengan saya dulu yang tak kenal pokok buah-buahan kerana kampongnya di Kuala Lumpur dan keluarga pula jarang sekali balik kampong dan bila mengikuti saya ke daerah Jelebu, banyak pokok yang tidak kenal. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?. "Sepanjang hidupnya siang malam adalah belajar belajar belajar." katanya. jika bilangan orang seperti ini meningkat dari hari ke hari saya bimbang suatu hari nanti orang kita tak kenal pokok buah buahan dan lama kelamaan tidak menyukai buah buahan tempatan. Apa yang mnenghairankan saya beliau kenal dan tahu pokok anggur. "Melalui intrnet." sambung beliau.

Dari cerita ini dapat lah difahami bahawa maklumat pokok buah-buahan Malaysia perlu di hebahkan secara meluas di internet. pihak yang tahu mengenai pokok buah buahan boleh lakukan perkara ini.

Kedua; penekanan kepada pelajaran semata mata merugikan pengetahuan am ke atas tumbuahan dan persekitaran kita. fikiran jadi sempit dan hanya tahu mengenai komputr dan internet..

ketiga; Tidak dapat menghormati dan apatah lagi menyayangi pokok buahan. kesannay juga mungkin tidak dapat menghormati teman dan rakan sekerja apatah lagi ketuanya. saya teringat bila beliau nak berhenti juga tidak berkata apa sebaliknya esok dah tak datang kerja rupanya dah berhenti. ke mana perginya budaya kita?

Kembali kepada buahan yang banyak terdapat di Pontian, seolah tidak diurus dengan baik. Rata-rata mereka menanam pokok buahan hanya untuk makan dan kegunaan sendiri. tetapi banyak mana nak makan sendiri. Akhirnya buahan itu busuk di pokok dan tak siapa yang makan. Membazir.

Kenapa tidak ada orang yang berniaga dan membeli buah buahan seperti rambutan dijadikan perusahan jem yang boleh ditinkan dan dijual dalam pasaran domestik dan antarabangsa. bantuan kepada orang kampong perlu dilihat secara komprehensif dan proaktif. jika berjaya diniagakan maka orang kampong juga akan dapat pendapatan tambahan dan mungkin juga pendapatan utama musim buahan. Kepada jabatan kerajaan yang mempunyai tugas membantu penduduk kampong, mungkin boleh difikirkan mengenai projek ekonomi seperti menubuhkan program Satu Daerah Satu Industri di daerah itu. kongsi-kongsi lah idea ini kerana mungkin akan melanda negara kita suatu hari nanti jika kuaran perhatian.

CERITA sensasi

Apakah yang sebenarnya berlaku kerana banyak berita tertera didada akhbar tampatan. kesahnya sebenarnya disensasikan penuh emosi di negara asalnya. TV, media mengepung publisiti. setiap hari berita khusus ada dengan memihak kepada satu pihak. kasihan jika teraniaya. Tetapi semalam dapat berita tentang status dan banyak hal lagi rupanya.

Jadilah diri kita sendiri dan bukan diri orang lain. jika inilah yang berlaku, wahai rakan dan teman berhati-hatilah memilih seseorang untuk dijadikan teman spanjang hayat.

KERJA MAKAN GAJI

Maaf kepada pembaca yang pada akhir-akhir ini tiada kesempatan untuk 'up date' blog saya kerana kesibukan dengan kerja dan ini juga keadaannya dari dulu hingga kini bila kita makan gaji. kita perlu kerja keras, serius dan bertanggung jawap dalam apa yang dilakukan apatah lagi kita ada ketua. kerja kena buat kerana 'boss always right'. jika kerja tak memenuhi visi dan misi organisasi tentu organisasi itu gagal menunaikan tanggungjawapnya kepada nusa dan bangsa.

Sebenarnya bila telah lama berkhidmat, hidup kita adalah kerja. kadangkala keluarga menjadi no dua. Jika ada anak boleh marah kerana tiada masa. isteri merungut kerana tidak ada masa untuk keluarga macam-macam lagi. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengorbanan yang sangat besar dan tidak dapat dibalas oleh isteri dan keluarga. masa-masa tertumpu kepada kerja....kerja....kerja. Puncanya senang saja, adakala:-

i. kumpulan sokongan tidak menyokong
ii. menyelesaikan masalah anggota kerja dari menyelesaikan masalah kerja
iii. Ada diantara ketua-ketua suka mengadu domba mengadu kepada boss dalam perkara yang dia sendiri tidak tahu tapi menyokong dan menokok tambah, sanggup memburukkan rakan sendiri, asal dia mendapat faedah daripadanya. Katanya " biarlah apa orang nak kata akhirnya i dapat naik pangkat dan naik gaji. I tak peduli asal boss suka, naik lah pangkat I."
iv. boss pula sepatutnya menjadi ketua / leader dan menjadi pemimpin yang cerdik.
v. Ada juga boss bagi markah tinggi kepada seorang anggota kerja berbanding dengan orang lain, sedangkan diketahui dia itu tidak buat kerja, tidak ada ciri pemimpin, ada banyak hal dalam urusan pejabat dan macam-macam lagi.
vi. Ada juga anggota kerja hanya membetulkan surat, ayat dalam kertas kerja yang ditulis oleh orang lain,tapi terus menaik..

Inilah perkara-perkara yang sering menjadi aduan dikalangan pekerja di mana-mana. apakah iabenar berlaku atau tidak sama sekali? Jawapannya pastilah ada jika tidak banyak sedikit ada kot. apakah kaedah pendekatan bagi mengubah perkara ini. pertama; adakah kursus kesedaran dan kerjaya dengan menyemai nilai-nilai terpuji. Kedua; boss mestilah bukan sebagai ketua semata-mata tetapi jua sebagai pemimpin kepada anggota kerja dan organisasi. Ada karisma dan banyak idea yang bijak dan menjadi pendamai dalam semua perkara.

Bagaimana mencari ketua dan pemimpin berkualiti, maka pencarian tidak boleh tersekat pada ruang lingkup saja tapi lihat kepada kecerdikkan seseorang, pengalaman bekerja dalam berbagai skop kerja yang pernah dilakukan, komunikasi berkesan, boleh menjadi koodinator dan bertanggungjawap dengan apa yang diperkatakan. kadangkala akademik semata-mata tidak memberi imansipasi ini. maka terjadi banyak hal kelak jika salah cungkil kelapa busuk..jadi carilah ibarat madu yang sudah tahu berkhasiat kenapa pula gula dihurung semut.

Oleh itu jadilah pemimpin dan ketua yang boleh memimpin dan bukan dirinya sentiasa dipimpin. maka sifat buruk perlu dikikis. Jadilah pemimpin yang berjasa....


Sunday, June 14, 2009

NAIK TEKSI DARI LCCT

Saya telah banyak kali naik teksi di KL sama ada dari rumah ke tempat kerja dan kadangkala juga dari tempat kerja ke tempat-tempat lain bila khidmat itu diperlukan. tetapi hari ini sekali lagi saya menaiki teksi dari LCCT ke Jalan Conlay bersama 2 orang lagi rakan sekerja. Hari ini rasa terpanggil untuk menulis berkongsi dengan pembaca bagaimana kita yang berada di negara ini boleh melaksanakan ONE MALAYSIA secara menyeluruh dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Konsep One Malaysia adalah baik dan bagus untuk dilaksanakan selain daripada perihatin kepada rakyat ia juga mengandungi konsep untuk mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang berbilang keturunan tetapi makmur dan bangga sebagai bangsa dan rakyat Malaysia.

Dalam perjalanan itu fikiran saya terbayang-bayang bagaimana konsep itu dapat dihayati dan dijadikan sebagai satu peradaban sebuah negara bangsa Malaysia. suasana dalam teksi seolah-oleh saya berada di Mumbai dan bukan di Malaysia negra ku. Kadangkala saya naik teksi seolah olah berada di Beijing. Ah gara-gara apa sebenarnya. Tetapi bila saya pergi ke London saya naik teksi, pemandu teksi sentiasa berbual itu ini dan tidak ada radio atau lagu di pasang. sepanjang jalan keramahan itu terjalin dan saya sangat merasakan ianya berada di London negara orang. Bila saya ke Perth Australia juga saya berada di sana bukan di negara lain walau pemandunya bukan keturunan Inggeris.

Pada pandangan saya banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bukan sahaja pihak berkuasa Kerajaan tetapi sebagai ahli salam masyarakat peringatan dan tekanan ke atas semua ini sangat bererti. Kursus wajib kepada pemandu teksi mengenai negara sebagai warga negara Malaysia mesti mencintai dan menyangi Malaysia bukan negara lain. buktikan sebagai warga negara yang sayangkan negara dan dilihat oleh penumpang merasakan berada di Malaysia bukan di Mumbai. Kursus wajib ini perlu direkodkan ada buku log pemandu. kursus yang berupa pendidikan dan ilmu kemanusaiaan boleh diadakan 3 bulan sekali untuk tempuh 3 jam sahaja. Pelajaran yang boleh dikemukakan ialah seperti pengenalan kepada Malaysia, cuaca, jalan raya, hotel dan sebagainya tetapi hendaklah elakkan dari segi politik yang nagatif.

Kedua, beri ruang bagaimana seseorang itu boleh melapor tentang tingkah laku pemandu dan setiap aduan hendaklah dilayan dan diambil tindakan pembetulan dengan memanggil pemandu berkenaan dan diberi keterangan. setiap keterangan perlu direkod dalam buku log pemandu. Jika rekod itu menunjukkan pemandu tersebut mempunyai rekod melebihi 6 kali dalam setahun ia boleh diwajipkan sekali lagi mengikuti kursus kemanusiaan yang menekankan ketertanggungjawabannya kepada Malaysia dan sebagai rakyat sejati.

Ketiga, tetdapat pemandu yang tidak tahu jalan dan kadangkala menyesatkan. jika pemandu itu tidak biasa dengan jalan itu seharusnya bertanya kepada penumpoang. tetapi dia malu konon kereana dia bawa teksi semua jalan tahu dan sanggup bertanya telipon dengan kawannya nak kepastian. perkenalkan kaedah teknologi GPS. maknanya mereka perlu tahu kaedah moden dalam dunia yang semakin tiada sempadan ini.

Keempat, dalam teksi yang tidak bersih dan berbau busuk. jika teksi LIMO mungkin kurang sedikit. Ada juga bau dalam teksi kerana berpunca dari bau badan dan setanggi. Apakah ini wajar berlaku sebagai hidangan kepada penumpang pagi-pagi buta seperti saya yang nak ke ofis. agaknya jika tengahari tak tahulah haruman apa pulak yang kita dapat hidu. tidakkah terfikir dan ini juga perlu diberi kursus dan penerangan melalui pendekatan pendidikan. kerana rata yang kita jumpa rata-rata mereka tidak terdedah dengan perkara ini dan mungkin tiada keinginan sesuatu yang harum dan indah dalam hidup ini.

Ke 5, pemandu perlu mempunyai pengetahuan am yang baik kerana dengan cara ini ia boleh berinteraksi dengan penumpang. Jika tidak maka sepanjang perjalanan itu ia akan menutup rapat mulutnya seperti kera duku. apakah ini yang boleh menghiburkan penumpang. tunjukan keramahan dan kemesraan yang sederhana kepada penumpang dan jangan over. sederhanalah dalam semua kerana ia tidak akan membebankan dan membosankan orang ramai.

Ke enam, pamandu yang over. Bilangannya kecil tetapi kadangkala meninggalkan kesan mendalam kerana seolah-olah dia memaksa menerima apa yang dia fikir dan mahu sahaja tanpa memikirkan apakah sebenarnya penumpang itu sedang hadapi, mungkin juga penumpang itu sedang fikir sesuatu yang lebih bermakna. Itulah halnya dia pulak ingin mencaturkan sesuatu dan kita dapat melihat ia suatu yang berkepentingan dikalangannya sahaja. kadangkala dia akan menyebut orang itu baik orang itu tak bagus, orang ini rajin dan loyal macam-macam. dia tidak tahu bahawa orang yang loyal selama ini terabai dan tidak diperdulikan walau telah berkhidmat lama dalam organisasinya, kadangkala saya bertelagah pendapat dengan pemandu kerana ia seorang yang over dan banyak sangat dilihat seolah-olah memberi arahan melulu.

Oleh itu kita kita boleh berkongsi dan jalinkan kerjasama untuk tindakan pembetulan agar rakyat negara ini di Utamakan seperti kata YAB Perdana Menteri. Maknanya kepentingan rakyat yang juga sebagai anggota kerja dan bukan anggota kerja dalam kerajaan hendaklah diutamakan. Terima kasih.


Tuesday, June 9, 2009

PENGERTIAN SEORANG PENDUDUK KAMPUNG

Apakah yang sebenarnya sebuah kehidupan di kampung dan desa di negara kita yang disayangi ini. Pada hakikat sebenarnya sukar sekali mereka ingin mengutarakan apa yang dikehendaki kerana merasa rendah diri dan mereka percaya jeritan kuat bagai halilintar pun tidak mungkin didengar dengan sepenuh hati. Mengharap? ya memang mereka tetap mengharap dari sejak zaman remaja hingga ke anak cucu. keperitan hidup, jeritan perih peluh menitik seharian tidak sekali kecewa dalam meneruskan hidup kerana hidup dan kehidupan mesti diteruskan.

Pergantungan pendapatan untuk hidup perlukan kepada sumangan tenaga dan titik pelluh kerana hanya dengan tulang empat kerat sahaja ianya dapat direalisasikan untuk memperolihi makanan harian. Harga makanan makin naik, harga produk pertanian yang mereka hasilkan tidak sepadan, kekurangan tenaga buruh di desa kerana rata-rata orang tua yang mengusahakan kebun. produktiviti berkurang. Rang muda ke bandar dengan dunia pekerjaan baru yang meninggalkan warisan kerja ibu bapa mereka.

Situasi ini semakin terdesak. lantas bagaimana penghidupan diteruskan. Hanyalah kais pagi makan pagi kais petang makan malam. kalau untung sabut tenggelam untung batu timbul, hah. bagaimana boleh diatasi perkara ini.?

INSTITUSI KELUARGA DAN ICT

Kemajuan dunia ICT telah berkembang diseluruh negara-negara maju didunia. sementara dunia ketiga pula ada yang telah menuruti jejak kemajuan yang sama atau seakan-akan sama mengekori dari belakang. keadaan ini juga telah menular dan berkembang dengan skala tersendiri yang akhirnya seluruh dunia ditakluki oleh kaedah dan pendekatannya yang memberi maklumat, pengetahuan, pendidikan, pelajaran dan hiburan. perkembangan dunia ICT sangat pantas, ada yang memperolihi faedah berbentuk keuntungan wang ringgit dan ada juga yang tidak memperolihi sebarang manfaat daripadanya kerana cetek pendirian dan pengetahuan yang menghibur menguasai dan mengatasi akal ilmiah seseorang.

Bagi negara yang sedang membangun, pengenalan dunia ICT menjadi kegairahan dan memberi kesan yang sangat mendalam kepada institusi keluarga disebabkan kelebihan dunia tanpa sempadan telah membantu mencorakkan dunia tersendiri. Kesan ketara adalah:-

i. Kurangnya ahli sukan dan rekriasi yang menonjol dan menyumbang kepada dunia sukan negara.

ii. Kurangnya perhatian kepada ahli-ahli dalam keluarga kerana masa dan dunianya hanya kepada menelek, membelek dan merayau-rayau dalam dunianya sendiri.

iii. Ramai dikalangan pengguna ICT yang boleh disifatkan sebagai "musang"- tidor waktu siang dan berjaga waktu malam. Jika seseorang itu tidak tidur waktu malam, kesannya ialah kepada kesihatan; fikiran kurang tajam, lemah anggota tubuh, mudah diserang penyakit kerana lemahnya anti body, suka berkhayal, leka dan menjadi seorang pelupa yang akhirnya tidak dapat menunaikan tanggungjawap dan akan dianggap sebagai 'orang yang tidak bertanggungjawap'.

iv. lemah dalam pendidikan atau pelajaran kerana lebih memberi tumpuan kepada dunianya dan tidak mengulangkaji pelajaran yang sepatutnya menjadi keutamaan sebelum menguasai dunia ICT. Akibatnya ibu bapa sering tidak senang dengan tingkahlaku anak kerana leka. keadaan ini membantu meruntuhkan institusi keluarga kerana rasa kebencian antara satu sama lain turut terjejas.

v. permainan dalam ICT 'game'. berpuluh-puluh jenis permainan boleh dimuat turun pada bila-bila masa, siang, malam tengah malam pagi buta dan permainan boleh dimulakan mengikut gerak hati tak kira waktu. akibatnya fikirannya dan mindanya terlalu memikirkan game dan bagaimana keinginan itu diteruskan untuk mengatasi dan memenangi game tersebut.

vi. wujudnya pertelagahan dan ketidak sefahaman kerana masa hanya ditumpukan kepada ICT. keinginan untuk membantu ibu bapa dalam kerja rumah turut terbengkalai dan dibiarkan kepada orang tuanya terkial-kial menyiapkian makanan, sarapan dan kebersihan rumah. akhirnya mereka ini jahil dengan dunia masakan ibu, jahil membersihkan rumah, malas membasuh dan tidak menguasai ilmu dapur. apabila dewasa kelak keadaan ini akan bertambah gawat kerana sudah tidak menjadi amalan lagi. institusi keluarganya juga akan sangat berbeza. kalau suatu ketika dahulu 'air tangan ibu' khususnya dalam masakan menjadi rinduan anak-anak, sekarang sudah tiada lagi.

vii. kekurangan melahirkan warganegara yang inovatif, kreatif dan lemah dari segi penciptaan baru termasuk penciptaan teknologi moden dan baru. teknologi hanya dikuasai oleh negara maju sementara negara dunia ketiga bagi yang banyak wang membeli dari kepakaran luar negara sama ada dalam bentuk perkhidmatan atau produk. perkara ini harus difikirkan.

viii. Kurangnya pergaulan dengan jiran dan saudara mara kerana faktor masa dan kerugian jika meninggalkan komputer dirumah.

ix. wujudnya budaya lepak ICT di kedai-kedai kopi/minum. masing-masing membawa komputer riba dan menjadi kemegahan pula dengan berbagai 'brand' komputer. sangat berbangga diri apabila dapat duduk semeja dan melayari internet di kedai-kedai seumpama ini.

x. Kurangnya kehadiran' budi bahsa budaya kita' yang suatu ketika dahulu menjadi amalan setiap lapisan masyarakat kerana dusah tidak bertegur sapa. prinsip yang tua dihormati dan yang muda disayangi sudah tidak menjadi amalan sepenuh penghayatan.

Apakah ini semua musibah? apakah ini semua petanda keruntuhan institusi keluarga? atau apa sebenarnya, ibarat suatu tiupan yang semua orang menjadi layu dipenghujung puncak kedewasaan. hakikatnya ICT boleh memberi kebaikan dan manfaat yang sangat berharga bagi mereka yang memahami kebaikan kerana banyak perkara yang boleh dipelajari. yang baik menjadi ikutan yang tidak baik jadikan sempadan. pucuk pangkalnya jika cetek pengetahuan dan kurang kawalan ia akan menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, dan akhinya memusnahkan keremajaan dan meleburkan kedewasaan yang sepatutnya membangun bersama -sama negara dan menjadi tulang belakang mentadbiur dan mewujudkan negara bangsa yang pada masa ini sedang diperkatakan sebagai ONE MALAYSIA/

oleh itu setiap apa yang dilakukan harus mempunyai sempadan dan lakukan dengan bersungguh-sungguh tetapi dengan penuh daya dan berkhemah. ada perkara yang lebih penting lagi ialah memahami prindip rukun negara khususnya yang pertama iaitu percaya kepada TUHAN. hanya Allah sashaja yang boleh menjadikan dan hanya Allah juga yang boleh mematikannya.

tamat





Sunday, June 7, 2009

HOTEL DI JAKARTA

Hotel tumbuh dengan pesat di Jakarta. Namakan saja hotel apa yang tidak ada di Jakarta. Bertaraf antarabangsa dan local. Hyatt, Nikko, Holiday Inn, Marriot dan berbagai lagi. Hotel Istana, Sahid Jaya Ibbis, Klasik dan sebagainya. perkembangan ini sangat membanggakan dan memberi isyarat bahawa kemajuan perhotelan sangat besar pulangannya dan menjadi satu industri yang sangat penting kepada ekonomi Indonesia. rata-rata 75 hingga 80 % penghuni hotel dalam satu-satu masa.
Apa yang ingin saya utarakan disini ialah bagaimana hotel-tersebut yang bertaraf 5 bintang menghias ruang bilik dan lobby. penggunaan barang kraf tempatan digunakan sepenuhnya dan tidak menggunakan barangan luar negara. keadaan ini telahkan pertumbuhan industri kraf di Indonesia.

Bagaimana ia terjadi? sebab harga murah? senang dapat? atau ada sebab lain. mungkin juga pengusaha hotel terlalu sukakan produk kraf tempatan dan tidak memikirkan dari negara lain. yang jelas saya mengakui bahawa saya sendiri suka dan gemar sekali dengan produk yang digunakan di bilik-bilik hotel seperti bakul sampah, bekas habuk rokok, meja, kerusi dan sebagainya. hiasan dinding juga tidak terkecuali dengan barangan perak dan tembaga, memang menenangkan penghuni hotel. Bahkan saya sanggup bertanya dimana saya boleh mendapatkan bekalan. pihak hotel juga tidak kedekut untuk beritahu dan setelah dihubungi memang perakjin itu menjadi pembekal kepada hotel berkenaan.

bagaimana keadaan ini di negara kita? pengusaha, pemilik dan operator hotel adakah melihat perkara ini penting atau semamangnya sekadar berniaga dan tidak mempunyai cadangan menggunakan barangan tempatan. mungkin mereka tidak tahu dan tak ambil berat langsung kerana rata-rata pemiliknya dari luar negara dan operatornya juga dari luar negara yang di latih dan tidak langsung mencintai kraf tempatan.

Apakah makanismanya jika mereka ini tidak perasan? latihan, pendidikan ah tak mungkin mereka nak belajar dan mendengar orang-orang kerdil. Jika itu semua tidak boleh berlaku maka secara perundangan perlu dilakukan demi kemajuan dan penggunaaan barangan kraf tempatan. bagaimanapun mungkin juga ada orang-orang tempatan sendiri jahil dengan kraf tempatan. maka undang-undang juga tidak dapat dibentuk menjadi peraturan kepada pemilik hotel supaya menggunakan kraf tempatan. kepada siapa perlu diajukann dan kepada siapa yang berani mengutarakan dan siapa yang patut memberitahu dan siapa yang patut membantu? ah saya negara ku, sayang..